|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, August 14, 2007
Xango Cerita dan berita yang banyak berkisar kepada jus manggis - Xango. Sedang hangat di pasaran Malaysia. Jus yang mula diperkenalkan oleh syarikat Xango LLC berpusat di US dan berada di pasaran pada tahun 2002 melalui MLM - Multi Level Marketing. Oleh sebab itu pengguna tidak boleh memperolehinya dipasaraya atau di kedai-kedai Farmasi. Hanya boleh diperolehi melalui pengedar atau distributor yang berdaftar dibawah Xango. Untuk menjadi ahli distributor pengguna boleh menghubungi pengedar-pengedar yang telah berdaftar dan terus boleh didaftarkan secara online. Kelebihan sebagai pengedar , boleh membeli produk dengan harga yang lebih murah untuk kesihatan disamping memberi peluang perniagaan. Insyaallah dengan produk yang baik dan berkesan membolehkan produk Xango menjadi pilihan pengguna selain dari menggunakan ubat-ubatan. Friday, April 13, 2007
Buah Manggis - Xango Ingin berkongsi pengalaman bersama anda yang melewati blog ini. Pernahkah anda makan kulit manggis??? Pernahkah anda mendengar khasiat dari buah manggis??? Kita di Malaysia hanya makan isi manggis yang putih bak salju dan buang kulit serta biji manggis. Betul kan!!!. Buat pengetahuan anda semua buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit. Anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHON dalam buah manggis memberi khasiat yang amat menakjubkan. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya senang diminum dan enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Untuk mengetahu khasiat manggis dengan lebih lanjut lagi sila lawati halaman berikut: www.mymangosteen.com/experiences
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai khasiat manggis, boleh hubungi saya di email berikut: atonawa@hotmail.com atau telefon saya di no. 012-2929113 Insyaallah saya bersedia memberi konsultansi mengenai penyakit yang anda sedang alami dan bagaimana manggis boleh membantu. Wassallam. Zaiton
Salam Tahun 2007 Salam buat semua yang menjenguk blog yang dah lama menyepi.........Entah tetiba teringin nak menjenguk kembali blog yang dah lama ditinggalkan. Rasanya perlu juga mind set ni berkreativiti instead of mikirkan hal-hal kerja yang tidak pernah surut. Malah masa bersama keluarga pun amat terbatas. Lebih2 lagi tinggal di kotaraya Kuala Lumpur nih! Segala-galanya busy. Pergi kerja-balik kerja mengejar waktu!.... Sibuk jalanraya dan sibuk dengan anak2 yang perlu ke sekolah dan makan minum yang terpksa diadakan seawal pagi. Anak2 pun masing-masing dah faham mengelola kehidupan harian. Waktu ke sekolah, waktu ko-kurikulum, waktu makan dan tidur. Insyaallah ,masing2 faham dan independant. Mungkin tirai 2007 boleh memberi lebih kekuatan dan keazaman membina masa depan anak-anak supaya lebih cemerlang dan sempurna. Alhamdulillah, the eldest and second son dah mula masuk Uni. Demi masa depan anak-anak dan cabaran hidup yang semakin berlumba-lumba, anak-anak didorong untuk mencebur bidang perniagaan. Makanya both of them ambil jurusan perniagaan. Ibu panjatkan doa semoga anak-anak ibu berjaya menjadi business man bila tamat pengajian nanti. Jenis business yang bagaimana akan mereka sendiri tentukan bila dah ada ilmu di dada! Sebagai pembuka tirai 2007.............
Thursday, October 05, 2006
Ramadhan Salam Ramadhan buat semua.....semoga sepanjang bulan yang barakah ini, kita semua berada dalam ketenangan, keredhaan , kedamaian dan keharmonian jiwa. Semoga segala ibadah kita diberkati dan diredhai Allah Taala . Buat teman-teman yang masih berada di perantauan, semoga kalian semua dapat menjalankan ibadah dengan sempurna dan semoga dapat pulang bersama keluarga di hari lebaran nanti. Buat Ina - Wan tahniah memperolehi cahaya mata ke dua. Sepasang dah! Alhamdulillah...... semoga bertambah ceria dan didoakan semoga dapat menyempurnakan study sebelum pulang kelak. Bahagia rasanya Ramadhan pada tahun ni!.... Mudah ke surau menyempurnakan sembahyang sunat tarawikh, since surau hanya seberang jalan. Dengan anak dara ku yang seorang aja tu....buat jadi teman dan at the same time membiasakan si Ooi tu sembahyang tarawikh. Tapinya mcm2....mengantuk lah!, dahaga lah!......takpa lah....
Friday, July 14, 2006
Terkenang masa Winter... Bila baca blog ella baru tersadar la ni winter di Perth. Teringat masa mula2 sampai Perth tahun 2001, masa tu winter and 1st week of July. Menginap di Regal Apartment di West Perth. Mula2 tu macam biasa aja..Kononnya cuaca taklah sesejuk yg dijangka. Tapi bila tgh malam mula lah terasa dinginnya. Tak cukup dgn sweater , kena berselimut tebal. Anak2 pun kena pakai 2/3 lapis. Bukan saja winter, musim hujan pulak! Hari2 jalan pergi city Perth samada saja bjalan mahupun gi cari food. Yg senang nya beli roti & masak telur guna hot plate. 1st. yr memang terasa sejuknya winter. Tapi masuk tahun 2 & seterusnya, dah tak jadi apa2 buat anak2. Heran! kita memang terasa sejuk tapi budak2 ni biasa ja..tak perlu nak baju tebal2 kecuali keluar rumah atau malam. And normally activiti winter gi berpicnic ja masak BBQ and gi fishing. Bila mengenagkan kehidupan di Perth sebelum ni memang meriah dan enjoy! La ni teringin jugak nak berfishing, tapi tak tahu kat mana best! Fishing rod pun semua tak bawak balik. Fikir2kan sayang sgt. Tapi rasa payah jugak nak mengangkut balik Mlys macam2. Kadang2 bila baca newspaper pasal pertandingan joran, terasa nak gi join ramai2. Kalau ella balik nanti jgn tinggalkan fishing rod tu! Bawak balik! Boleh fishing kat Serdang???? Wednesday, July 12, 2006
mencuri masa Tanpa sedar dah masuk Julai. So quick ! Aktiviti meeting di office hampir setiap hari. Preparation for the 9 M'sian Plan. Sibuk dengan tugas Office sampai terasa exhausted w/pun bukan secara physical , tapi mental. Balik rumah memang lepek! Keletihan dan kurang dpt melayan anak2. Masing2 sibuk dgn homework dan minta buat sama2. W/pun sometimes tu tak boleh nak bukak mata terlalu mengantuk, but still gagahkan juga. Gitu lah sehari-harian, and most of the time dok dinner kat restoran ja! Letih nak masak-memasak . Tak sama while di Perth dulu, seronok aja nak masak hinggakan anak2 heran kenapa ibu tak masak macam kat sana tu! But actually makanan kat Mlysia senang dpt dan murah ja! Memang tak risau langsung sbb depan rumah memang ada deretan kereta penjaja jual makanan. So biasanya sementara nak masak utk dinner , anak2 beli burger aja depan rumah. This weekend, seronoknya nak pergi Terengganu jumpa Kamsah. Excited rasanya. Kamsah balik for her sister's wedding. seronoknya nak gi jumpa aming, nadhirah, umairah and baby. Dah besar2 agaknya. Prob. bertolak sabtu subuh. and cadang bermalam di Cherating. So ada masa nak bertemu Dhiran and Kam sembang2 malam sabtu tu! Hopefully Kam sekeluarga nanti tak sibuk sgt. Esok2 kalau Ella/Aziz balik pun for sure kena gi jenguk! Tambah lagi very near di Sri Kembangan.
Thursday, April 13, 2006
Hanya melewati... Actually not much time.. tapinya menyempat pulak lah malam ni..... terpaksa relakan hati sbb nak prepare for meeting esok. La ni dah move to a different workplace. To a Research Institute di Bangsar- full time. An open post. So rasanya lebih relevant w/pun sebenarnya nak balik sangat ka Ipoh. But it seems the service is more important (than the family). Kadang2 terasa mcm tak prihatin dgn masalah keluarga. Terpaksa akur dgn arahan dek terikat dgn perjanjian. But anyhow, terasa dihargai as recommended to be selected & the first post for pharmacist. So, hubby terpaksa sacrifice demi isteri jua anak2. He's applying for optional. And prob. in July will commence. Rasanya tanpa suami, memang terasa payah....rushing all the time esp. kalau terpaksa ka outstation for meetings/w/shops etc. Buat suami tercinta..,semoga Allah Taala merahmati dan membahagiakan kita hingga ke penghujungnya jua dimurahkan rezeki. Insyaallah..... Nite to all. Thursday, February 09, 2006
Rutin harian.... Rutin harian mcm biasa. Seawal pagi terpaksa bangun nak kena siapkan bekalan sekolah memek & Ooi. And sometimes kena masak dulu utk make sure Hanis ada food sebelum ke skolah ptg. Dan kita sendiri terhegeh2 utk mandi, solat dan siap ke office. Mujur sesi persekolahan ada 2. So utk memek/ooi dipilih sesi pagi so dpt terus hantar sebelum ke office. Break t/hari bergegas pulak nak amik budak2 ni dr sekolah. Actually taklah jauh sgt kalau nak jln kaki.., tapi letih katanya..sakit kaki! So, kdg2 tu terlewat jugak sampai sekolah & nampak muka Ooi mcm risau ja...sbb si abg dah balik dulu sama geng2. Tinggalkan si adik menanti sendirian.......Payah jugak rasanya. Kalau nak dibiarkan naik basikal pulak...takut nanti sampai rumah cuma mereka berdua aja sementara tunggu angah balik dr sekolah. Location rumah ni betul2 menghadap bus stop. So takut jugak kalau2 ada yg memerhati setiap kali budak2 ni balik!.....Memang terasa susahnya bila dah duduk sendiri gini. Selama ni duduk dgn parents di Ipoh. So all the time parents ada kat rumah, so taklah risau. Nak gi mana2 pun tak susah hati. La ni rasa payah sgt. Terpaksa lah berdikari & amik risiko. Tak kan nak amik maid??. Payah!.........Furthermore hubby pun takda bersama!......Mujur nanti ke Shanghai mak long sanggup nak jaga anak2 buah ni kat rumah......Sekurang2nya tak lah risau. W/b/pun rasa bersyukur gak sbb keadaan sekarang ni masa anak2 dah membesar semuanya..tak ada yg still baby or little kids. So taklah payah sgt nak membela. Alhamdulillah semuanya ketentuan dariNya. Thursday, February 02, 2006
Dah mlm Jumaat..cepatnya.... Cepat masa berlalu...dah malam Jumaat. Esok akan bergegas pulang ke Ipoh ngan hubby. Nak jumpa anak2 katanya...sabtu kami semua akan balik semula ke KJ. Ahad nanti memek ada kelas tae kwan do. Baru first class for this year, so hav to attend. Tak boleh sia2kan sbb bayarannya pun mahal, so kena serious sket. Nampak gayanya memek memang berminat sgt & kalau diasah boleh cepat dapat black belt. Si angah pulak join bowling.....while hanis happy sgt ada aktiviti utk basketball. OOi nak join tae kwan do tapi tak payahlah utk girl mcm Ooi...nanti ganas pulak jadinya... Tuesday, January 31, 2006
Hampir 12 midnight... Nearly 12 midnight. But however, need to continue with the work. Quite ok now. Cuma boleh tahan sampai morning ??? Still tak pasti. As usual on blog bf recommence work. Hubby still not asleep yet. And along just came back frm work. Shift mlm harini. Tak apalah...belajar berdikari. Hopefully merasa macamana susahnya bekerja & earn money. Biar nanti lepas dpt result SPM punya semangat utk belajar lebih tinggi. Preob. end of this week will be the last for him to work. Nak berhenti katanya. Sakit pinggang & nak tumpukan pd belajar kereta pulak. Hmmmm.....ibu tak paksa pun.....suka hati lah!....
|
PROFILE It's about Daily Life & Family ...........
BLOG: Rentetan peristiwa dan dairi kehidupan untuk tatapan sendiri dan kalau ada yg sudi menjenguk, silakan....i> TAG BOARD CALENDAR
LINKS Jenguk2....... : Anak-Anak: ![]() hafiz-ika-hariz [2nd son] Kawan-Kawan : ................................ Kenalan2 Blog : --------------------------------> [ Interesting Site ] ........................................ Hadi Hafiz -Silap Mata ..................................... Sentiasa Bersama...... my loving & caring hubby dengan anak2 lanang..... ![]() dpt beg besday la kononnya...... ![]() my only girlish daughter......Nurul Yasmin
Anak2 terunaku...Hanis(3rd. son) - Hariz - Hazmi(youngest son) ************************ ************************ A Birthday Reminder: --------------------- A: 25 November I: 24 June 1: 22 October 2: 25 November 3: 26 April 4: 11 September 5: 14 September --------------------- CONTACT CREDITS |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||